Suatu ketika ,seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang orang lain pada zaman itu.Jawab Nabi Ibrahim 'Bukankah air dapat memadamkannya?
Raja:kalau begitu ,kenapa engkau tidak menyembah air?
Nabi Ibrahim:bukankah awan yang mengandungkannya lebih kuat?
Raja:jika demikian ,sembahlah awan !
Nabi Ibrahim:angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.
Raja:kalau demikian ,engkau sembahlah angin !
Nabi Ibrahim:Manusia yang menyedut dan menghembuskannya lebih kuat daripada angin.tetapi manusia pun lemah ,kerana itu yang wajar disembah adalah yang mencipta semua ini.Pencipta langit dan bumi serta isinya..
Saturday, May 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment